Selamat Datang,Harap Anda Menemukan Sesuatu Disini.Terimah Kasih Kerana Melawat

BASIC FOREX

Pengenalan Forex

  • Forex (Foreign Exchange) ialah pertukaran matawang asing.
  • Ia juga dipanggil spot market.
  • Pertukaran matawang melibatkan lebih kurang 4500 bank dari
    seluruh dunia.
  • Tiada headquarters (HQ) atau satu lokasi yang tertentu untuk
    melakukan transaksi pertukaran matawang.
  • Semua transaksi jual beli dan pertukaran matawang dilakukan
   secara online melalui Internet.
  • Transaksi harian melibatkan 1.5 trillion US Dollar.
  • Forex dibuka kepada pelabur-pelabur kecil sejak tahun 1995.
  • Pelabur-pelabur kecil boleh berurusan dalam forex melalui 2 jenis
   akaun iaitu regular dan mini dengan penggunaan leverage.


Matawang

  • Matawang yang ditawarkan ialah:



   • Matawang terbahagi kepada 2 iaitu major dan minor. Major ialah
      matawang yang paling kerap diperdagangkan iaitu USD, EUR, GBP,
     CHF, JPY, AUD & CAD. Minor ialah matawang-matawang selain
     daripada matawang major.
  • Currency pair pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu major pair dan
     cross pair.
  • Major pair ialah semua currency pair yang salah satu pair
    merupakan USD. Semua currency pair yang berpasangan dengan
     USD dipanggil major pair. 4 major pair yang paling utama ialah
     EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY dan USD/CHF.
 • Cross pair ialah semua currency pair yang tidak berpasangan
    dengan USD. Contohnya EUR/JPY, EUR/CHF, GBP/JPY, EUR/GBP
    dan sebagainya.

Perbezaan FOREX dan SAHAM




Trading Session
  • terdapat 3 sessi trading yang paling utama iaitu TOKYO,LONDON,NEW YORK.
      berikut adalah waktu trading bagi setiap sessi dalam waktu malaysia.



  • Market paling aktif apabila 2 sessi bertembung iaitu sessi Tokyo –
    London (4 – 5 petang) dan sessi London - New York (8 malam – 1
    pagi).




Jenis-Jenis Market

    Bagaimana Trader mendapat untung?

   • Untung dikira menggunakan konsep asas perniagaan iaitu:
     Untung = Beli harga rendah (buy low) dan jual dengan harga tinggi (sell high)


Untuk contoh di atas, katakan kita beli pada harga 1.8900, dan setelah
harga naik sehingga 1.9000, kita jual matawang tersebut. Oleh itu, kita
telah untung 100 pip. (1.9000 – 1.8900 = 100)

  • Trader mendapat untung dengan mengumpul pip. Pip ialah
     pergerakan price sebanyak 0.0001 atau 0.01 bergantung kepada
    currency pair yang anda pilih. Nilai 1 pip bergantung kepada jenis
    akaun dan lot yang anda gunakan.


pip 

   • Pip merupakan unit ukuran bagi pergerakan harga. Jika harga naik
     daripada 1.9005 ke 1.9006, ia dikatakan telah naik 1 pip. Apabila
     harga turun daripada 1.9005 ke 1.9004, ia dikatakan telah turun 1pip
  • 1 pip = 0.0001 atau 0.01 unit pergerakan bergantung kepada
    currency pair yang anda pilih.





Leverage

  • Leverage mempunyai konsep yang sama seperti pinjaman.
  • Apabila anda trade 1 lot utk akaun regular, saiz lot itu ialah
    100,000 USD dan bermakna anda memerlukan modal sebanyak
    100,000 USD untuk melakukan transaksi jual/beli currency pair.
  • Tetapi dengan adanya leverage, anda tidak perlu ada modal
     sebanyak itu, leverage adalah seperti pinjaman, di mana kita perlu
     ada 1% daripada modal keseluruhan.
  • Leverage yang standard ialah 1:100. Ia bermaksud anda hanya
    perlu ada 1/100 atau 1% daripada jumlah sebenar. 1% ialah modal
    anda sendiri, 99% dipinjamkan oleh broker anda.
 • Contoh pengiraan:
   Akaun Regular: 100,000 USD
   Leverage: 1:100
  Ini bermakna, anda perlu ada 1% daripada 100,000 USD untuk 1lot
  1% x 100,000 USD = 1000 USD
  Oleh itu, nilai 1 lot untuk akaun regular = 1000 USD


   • Dari jadual di atas, dapat dilihat bahawa apabila leverage semakin
     tinggi, semakin tinggi pinjaman yang diberikan kepada anda dan
     semakin kurang modal yang perlu anda sediakan untuk 1 lot.

  • Untuk semua leverage yang berbeza-beza, nilai 1 pip tetap sama
    bagi 1 lot. Jika akaun mini, 1 pip untuk 1 lot ialah 1 USD dan 1 pip
    untuk 1 regular lot ialah 10 USD.

  • Katakan anda mempunyai modal 1000 USD dan anda ingin
     membuka akaun mini. 1 mini lot = 100 USD. Dengan modal 1000
     USD, anda boleh mendapat 10 lot. Jadual di bawah menunjukkan
     perbandingan leverage dengan menggunakan modal 1000 USD.

  • Leverage yang besar akan memberikan pulangan yang besar
     kepada anda. Risiko juga semakin besar. Oleh itu, penggunaan
     leverage yang besar memerlukan money management yang betul.

Jenis-Jenis Order

   Market Order
  • Market order ialah sejenis order untuk BUY atau SELL pada            harga semasa.

   Limit Order (Take Profit Order)

    • Limit order ialah sejenis order di mana anda boleh menetapkan
      berapa banyak keuntungan yang anda mahu dengan meletakkan
       harga tertentu untuk anda close position anda.

    • Katakan anda BUY GBP/USD pada 1.8000 dan ingin mengambil
      untung sebanyak 20 pip. Anda boleh set Limit Order atau Take
      Profit anda pada harga 1.8020. Apabila harga naik mencecah
      1.8020, position anda akan ditutup secara automatik.

  Stop Order (Stop Loss Order)

   • Stop Loss order ialah sejenis order di mana anda boleh menetapkan
     berapa banyak kerugian yang anda sanggup tanggung.

   • Katakan anda BUY GBP/USD pada 1.8000 dan ingin mengambil
     untung sebanyak 20 pip. Jika harga naik, anda akan untung. Tetapi
     jika harga turun lebih rendah daripada 1.8000, anda akan rugi.
     Dengan menggunakan Stop Loss order, anda boleh tetapkan berapa
     pip anda sanggup rugi. Jika anda sanggup rugi 20 pip sahaja, anda
     boleh letakkan Stop Loss order pada harga 1.7980. Apabila harga
     turun sampai 1.7980, position anda akan ditutup dan anda akan
     rugi 20 pip sahaja.

  • Jika anda tidak meletakkan stop loss, anda mungkin akan rugi lebih
    daripada itu.

  Buy Stop dan Buy Limit Order

  • Buy Stop order ialah sejenis order untuk anda BUY pada manamana
    harga yang berada lebih tinggi daripada harga semasa.

  • Buy Limit order ialah sejenis order untuk anda BUY pada manamana
    harga yang berada lebih rendah daripada harga semasa.

  Sell Stop dan Sell Limit Order

  • Sell Limit order ialah sejenis order untuk anda SELL pada manamana
    harga yang berada lebih tinggi daripada harga semasa.

  • Sell Stop order ialah sejenis order untuk anda SELL pada manamana
    harga yang berada lebih rendah daripada harga semasa.



Jenis-jenis Trader


 1: Scalper
   • Menggunakan teknik scalping iaitu mengambil profit yang sedikit,
      selalunya kurang daripada 10 pip untuk setiap trade.

    • Scalper selalunya trade lebih daripada 10 kali dalam sehari.

    • Mendapat untung yang banyak apabila membuka banyak position
     dan mengumpul jumlah pip yang sedikit bagi setiap position.

 2: Swing Trader
  • Position dibuka lebih daripada 24 jam, mungkin 2 hari, 2 minggu, 2
      bulan atau sebagainya.

   • Merupakan mid-term & long-term trader.

   • Mereka lebih suka trade mengikut arah trend, terutamanya trend
      yang besar (major trend pada timeframe 4 hour atau daily dan sebagainya).

   • Trader akan dikenakan daily interest apabila position mereka
     dibiarkan/dibuka melebihi tempoh 24 jam.

 3: Day Trader  
   • Position dibuka tidak lebih daripada 24 jam

Cara Mendapatkan Untung

 Cara 1: Luck/Tuah
  • Anda bertuah dan bernasib baik jika anda mendapat untung
     daripada trading anda, tetapi anda tidak tahu apa yang anda
     lakukan. Nasib tidak akan menyebelahi kita sepanjang masa. Akan
     sampai masa di mana anda tidak bernasib baik dan hilang semua
     modal anda.


 Cara 2: Mentor
   • Anda belajar melalui mentor/guru dan mendapatkan maklumat yg
     betul tentang semua aspek mengenai FOREX. Paling penting, anda
     harus belajar 2 perkara iaitu:

     a) belajar bila waktu yang sesuai untuk anda enter position dan
     bagaimana caranya.

     b) belajar bila waktu yang sesuai untuk anda close position dan
     kenapa anda close position tersebut. 



MAKLUMAT LANJUT LAYARI